Friday, August 13, 2010

KISAH PAKCIK SAMPAN DAN 3 BUDAK



Pada suatu masa dahulu, ada 3 orang pemuda yang pandai dan tinggi pengetahuan mereka. Pemuda pertama dah belajar dari banyak universiti, dari yg dalam negara, sampai seberang laut, hinggalah ke dalam laut. Pemuda kedua ni belajar di berbilang-bilang tempat dari US ke UK sampailah ke Timbaktu. Pemuda ketiga pun begitu lah juga, semuanya tinggi tahap ilmunya.

Tiba masa cuti universiti, mereka ni pun nak pulang ke kampung. Asal dari kampung yang sama mereka ni. Untuk ke kampung tu, diorang kena naik perahu merentas laut sebab kampung diorang kat pulau. Kebetulan mereka sampai ke jeti serentak, maka naiklah mereka bertiga dalam satu perahu yang sama dengan seorang pakcik pendayung perahu tu.

Dalam perjalanan, ketiga-tiga pemuda ni nak tunjuklah mereka pandai, dan cuba nak uji pendayung sampan. Pemuda pertama pun tanya pada pakcik pendayung.
“Pakcik… Pakcik tahu tak apa dia kamiran bagi x? Atau the integration of x?”
“Err, pakcik ni tak tahu apa-apa kemahiran lain, dayung sampan pakcik tahu lah”, jawab pakcik. Dia ingat kamiran tu kemahiran.
“Apalah pakcik ni, benda simple macam ni pun tak tahu. Integration of x is x2/2″, balas pemuda pertama dgn bongkak.

Giliran pemuda kedua pula tanya. Pemuda kedua ni belajar medic.
“Pakcik… Pakcik tahu berapa BP normal kita?”
“Err, kalau nak ke BP tu arah sana. Batu Pahat dalam beberapa batu je dari sini”, jawab pakcik tu.
“Apalah pakcik ni, BP tu blood pressure, normal dalam 120/80″, terang pemuda kedua yang juga bongkak.

Pemuda ketiga pun teringin nak menunjukkan kepandaiannya.
“Pakcik… Pakcik tahu tak berapa ramai penduduk London?”
“Err, manalah pakcik tahu, nak.. Pakcik ni, London tu memang pernah dengar, tapi Kuala Lumpur pun pakcik tak pernah sampai”, jawab pakcik tu sedih.
“Apalah pakcik ni, London’s population dalam 8 juta orang”, jelas pemuda ketiga.
Lalu mereka bertiga-tiga ni pun mengetawakan pakcik ni sebab soalan-soalan mudah ni pun dia tak tahu. Ha ha ha.

Tiba-tiba, langit yang cerah menjadi gelap. Awan hujan mula berkumpul, angin makin kencang dan ombak makin mengganas.
Pakcik ni lantas bertanya kepada 3 pemuda ni. Satu soalan yang ringkas,
“Nak… anak bertiga ni tahu berenang tak?”
Ketiga-tiganya menggeleng serentak.

Lalu, ribut pun datang melanda dengan dahsyatnya, perahu yang diorang naik tu pun terbalik. Hanya pakcik pendayung perahu je yang selamat, ketiga-tiga pemuda tu mati lemas dilambung ombak.

Kesimpulan dari cerita ni, carilah ilmu yang boleh menyelamatkan kita. Ilmu yang dimaksudkan, terang ustaz tu, ialah ilmu agama. Itu yang akan menyelamatkan kita dari dugaan dunia dan menjadi pelindung di akhirat. Rugilah kita kalau kita asyik sangat kejar ilmu duniawi, dan bermegah-megah dangan apa yang kita tahu, sedangkan kita mengabaikan ilmu yang lebih penting, yang dapat menjamin kesejahteraan kita, semasa hidup dan selepas mati.

Dipetik dari ondastreet.wordpress.com untuk renungan kita bersama.

Thursday, August 12, 2010

kesabaranku diuji apabila sorg studentku ini mmg sgt bermasalah..
xde rasa nak blajar kot.

3minggu sebelum..
"you, wheres ur book?".. "ntah" lalu mendiamkan diri.. (kene denda)

2 minggu sebelum...
"mana buku awak.. " .. "die mmg xpenah bawak buku, sir" yang lain menyampuk (denda lagi)

minggu lepas....
"saya bagi awak duit gi beli buku latihan ok" aku offer... "xpe, ada duit" die mnjawab
"ok beli baru buku latihan k" (kene denda lagi)

minggu ni..
"mana buku?...dia diam.. ah skati awak.. nak blajar, blajar" (mmg bermasalah la ini budak)
apa nak wat eh...

Sunday, August 08, 2010

BANYAK STORY

Banyak sangat mende mende yg aku x update dlm blog ni.. maleh.. busy.. busy.. jap jap.. aku  recall balik peristiwa yg blaku...

last aku update pasal cekeheet vroom vroomn..

ape lg ek... yg ingat..

Bulan Julai... aku gi majlis persaraan Penolong Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Pahang (JPNP) yg jugak bekas pengetua sekolah aku.. SMK Seri Pekan, Pahang.. Tn Hj Ab Hamid b Abu Bakar... Majlis berlangsung kat skolah kitorang (bangga jap) ..as rep of  Alumni Seri Pekan Association, sesungguhnya sgt terharu diberi penghargaan dapat naik stage di depan org kenamaan serta org JPN belaka untuk bg cenderamata kat Tn Hj Bob Hamid yang kat barisan kami tu barisan PPD, Pengetua2, Guru Besar2,.. pulak tu, meja Alumni ni barisan ke 2 .. hanya dibelakang barisan org JPN dan kami di depan barisan Pengetua2 n Guru2 Besar Sekolah Daerah Pekan.. hahaha thanks to miss edi (GPK1 SMK Seri Pekan) sbb bg penghormatan utk table kami hehehe...

p/s: jumpa rmai cikgu2 kami... ade yg dah jd pengetua, ade yg da jd org JPN pon, ada pulak tu junior kami skolah tu, yg jadi cikgu plak kat skolah tu jugak.. warden plak tu hahah.. belajar dan mengajar di SMK Seri Pekan..



Cerita lain plak...

Sekolah tempat aku ngajar yang skarang SMA Bukit Ibam wat family day kat De Rhu Beach Resort Kuantan.. whoah penat giler.. 2h1m.. aku gi sorang bertemankan barang2 alatan untuk BBQ,  petang kul 4 aku da smpai tp xnmpak kelibat sorang pon warga SMA Bukit Ibam ni.. sekolah lain ade gak fmily day kat sini upanya.. sk sungai gau n SMK Agama Pahang... sekali jumpa cikgu yazid cyber daa.. hehehe
.

Cerita lain...

kebusyan bertambah bila kene handle dak PERMATA HATI.. anak2 yatim... yg jd busynye sbb skola ktorang kene jadik tuan rumah satu kem seminar 3 h 2 mlm.. lg 2 mnggu akan dtg.. tp llast2 minit plak baru PPD konfirmkan.. secara x lngsung, guru PERHATI yang tuan rumah ni kene jd kem komandan.. hah pulak.. xpe.. aku terima tanggungjawab tu

p/s: aku bkn guru PERHATI tp wakil je..






Cerita lain...

Sebulan aku dah x bermalam kat keratong... balik2 pon kejap je.. 3 4 jam hanya utk basuh baju pastu balik ibam mule (mklumla warden ni bz sket) weekend pon  xrehat.. minggu aritu sumer balik kg tp dak form 4-5 kene stay ada Kem plak.. so kene jaga


minggu depannya plak .. ade Seminar SPM Program PERMATA HATI (PERHATI) 2010.. untuk anak2 yatim sekitar daerah Rompin Darat.. (rompin darat ni rompin belah2 sini sbb satu lg rompin pantai)..

Cerita lain...

Aku guru majalah sekolah? uhuh.. sekali ngn Sir Karim n Teacher Hidayah.. ligat aku berfikir plak pasal majalah... tanya Karim.. "ada kemere nak wat fotografi?" die kata ada yg biase2 je... 

abg aku ada Nikon D90 tp xkan nak pinjam plak.. tuptup plak aku mmg da lama nak beli DSLR sendiri.. nah aku beli DSLR brand Nikon model D5000.. bawah skit dr D90.. hahah naik antu aku ngn kemere ni.. mana taknya, kemere hp aku tu pon da naik pecah dah lense die asik snap2 je.. (aku suke amik gambar scene) then masuk adobe photoshop.. wpun kamere hp, tp aku ske edit2 konon2 mcm DSLR la hek hek...
,

lepas bli D5000 ni , sesi fotografi utk majalah skolah bermula... wpun baru je pakai, tp aku agak familiar la ngn D5000 ni sbb kdg2 pnjam mmber punye.. pon pkai D5000 gak (tp skang die da upgrade pkai yg lain).. aleh2 mls nak setting2, aku wat semua Auto setting..auto fokus, auto lighting, auto shutter speed, sumer auto la..  yerla gambar majalah kene sharp.. kang wat manual, blur plak..

Citer lain..

sminggu pastu aku ke pekan, Pahang menghadiri mmber bertunang (aina n fairuz@bob).. yang bob ni batchmate skolah (spm01)..  yg aina ni plak mmber si baya... so maka ke4-4 kami ni adalah schoolmate smk seri pekan... cuma aina n baya ni junior setahun dr kami.. aku kenal si aina ni dr bob tahun lepas (2009).. xtau plak si aina ni dak seri pekan.. plak tu masa tu xsangka plak si aina ni classmate si baya ni.. hah molek sgtla tu.. ok abis citer lama tu..


Citer lain...

Ni plak citer antara aku, n cikgu arep.sblm ni, aku kenal arep masa tahun 1996 (masa darjah 6) kat keratong.. cume ktorang skolah lain2.. kenal kat kem motivasi ngn sukan mssd. Lepas aku jd GSTT kat Johor Bahru thn 2009, kontrak aku x disambung.. aku apply kat PPD Rompin Pahang, alhamdulillah dapat.. dihantar ke SMA Bukit Ibam.. masuk2 skolah ni.. GPK suruh amik buku rekod Cikgu Arief kat atas meja (masa tu aku xtau buku cikgu arief ni upanya si arep ni).. GPK mntak rujuk kat buku rekod tu...

Time skolah, maka jumpa la plak si arep ni.. heh dak ni rupanya...

Citer lain...

Arep ni da bertunang.. Siema namanya.. kenal2 gtu coz arep ade citer... yang pasal Siema ni plak, baru la akhir2 ni aku tau rupa-rupanya siema ni classmate si baya masa skolah rendah kat SK Bukit Ridan, Muadzam.. baya pon baru le tau bahawa siema si tunang arep tu rupanya kawan baik die masa kat skolah rendah.. heh... macem2..

Citer lain...

duk beborak ngn firul sambil die tgk gambar kat kemere aku, tetiba die ckp..aku kenal gambar ni..  cikgu din ek?.. aku tkujat.. camne la leh kenal?// "alahai adik die cikgu suhaimi ngaja kat SMK Paloh Hinai.. lgpon cikgu din ni org kg akula..  Pulau Manis.. lahai.. gtu ghopenyer..

Citer lain..

Sheikh (staff sekolah) datg kat aku.. zarim.. ayah awek ko tu cikgu din ek.. ayyak lag ada org kenal ka.. "bakpe x kenalnye.. aku org pekan gak"

Citer lain..
Sebagai penyelaras rawatan, aku kene handle sumer rawatan.. dak2 sekolah ade rawatan kene injection n cabut gigi.. sebulan jugak la staf2 nurse tu duk kat bilik rawatan.. bagusla.. mcm klinik da bilik rawatan tu huhu,,
ni plak minggu depan ade injection lain plak.. injection HPV untuk dak2 pmpuan je.. bg menghalang kanser serviks..



Citer lain...

Aku gi pekan si Azrin (classmate uitmjengka) kawen 


Aku gi Temerloh si Hafiz Kawen

aku gi PC fair..
citer lain...

sok wpun  Isnin tp bdak2 kami cuti.. sok sumer cikgu kene gi majlis anugerah kat Kuantan..

Citer lain..
Nantila aku citer..  

p/s: yang tertinggal nnti aku masukkan lagi

p/s: dulu aku ingatkan perkataan p/s ni bermakna penulis surat.. tp rupanya bukan.. ntah aku lupa apa mksudnya.. aku baru tau masa umur aku skang ni bila aku tgk ade ciiter tajuk p/s: i love u tp citer omputih..dats y yg aku pelik dgn andaian aku tu huhuhu