Wednesday, November 21, 2018

2 Hari Nak Penutup Sekolah sesi 2018

21 November 2018

Salamun alaik

Demam demam ni tetiba terasa nak idupkan smula blog. Harini hari Rabu, esok dah Khamis n Jumaat last sekolah.Abis sekolah lepas mesyuarat Kokurikulum, aku balik terus sbb x larat dah.

Untuk pengetahuan, skarang aku bertugas kat SMK Seri Pekan start Julai 2017 sebab dipindahkan secara paksarela oleh JPN. Dah setahun dah kat sini sebenarnya. Alhamdulillah sepanjang setahun lebih kat sini, suasana yang sangat berbeza..jauh berbeza dgn kehidupan aku 6 tahun di SK Merchong Jaya. Berbeza dari segi kerja sbb kat sini jadi S/U Kokurikulum untuk satu sekolah termasuk sekolah menengah, then jadi warden juga untuk satu sekolah. Penat tapi masih boleh handle.

Aku dipindahkan ke SMK Seri Pekan ni atas keperluan perkhidmatan di bawah projek SISP (Sekolah Indera Shahbandar Pahang) ( http://www.yp.org.my/yp2016/index.php/my/pengguna/pelajar/2-general/bantuan-pendidikan/27-projek-sekolah-indera-shahbandar-pahang-sisp.html ) anjuran Yayasan Pahang. Projek SISP ni dah lama ditubuhkan since 1997 so aku ditempatkan untuk mengajar Tahap 2 sekolah rendah sbb SISP hanya ada tahun 4,5,6 sahaja.

Bermula 2017, ingat lagi first day melapor diri hari Khamis so berucap masa perhimpunan hari Jumaat. Excited sbb lepas ni dpt berbakti kat skolah sendiri. Maka sehingga harini, aku cuba beri khidmat terbaik.

Prestasi budak secara keseluruhan aku boleh bagi upper-average dari segi kokurikulum. Sangat memberangsangkan, dapat mengekalkan KPI tahap  Antarabangsa terutama sukan kriket dan silat.

sebenarnya aku tgh buat latihan untuk budak dalam cuti ni, tgh cari bahan sumber tetiba terjumpa blog.

Okla, nak g berlari setempat sambil wat lompat bintang kjap sbb demam2 ni kene aktifkan diri. Banyak keje nak disiapkan. Jap lagi nak ke asrama plak sebab warden bertugas harini. (warden yang duk luar asrama)


Adios amigos. Assalamualaikum